Halaman

Isnin, 6 Jun 2011

Anti-Depression (SSRI)

anti-depression
by:
Dr. Hamidah
 
terdapat pelbagai jenis anti-depression
yang disentuh n dikongsi oleh Dr. Hamidah masa Jurnal Club hanya 1 jek:
Selective Serotonin Reuptake Inhibitors (SSRI)

contoh2 ubat nya ialah:
  • Sertraline --> 26 jam
  • Fluvoxamine (Luvox) --> 15 jam
  • Fluoxetine (Prozacs) --> 4-6 hari
  • Escitalopram --> 27-32 jam
Pharmacodynamics: meningkatkan kadar serotonin dalam synaps otak.

Indikasi:
  1. Depression
  2. Anxiety Disorder
  3. Eating Disorder
  4. Pre-menstrual Dysphoric Disorder
  5. Off label- premature ejaculation
side-effects:
  1. lasts for 4 weeks - as body adapts
  2. Sexual dysfunction
  3. Insomnia & sedation
  4. Weight gain
  5. Headache & dizziness
  6. Gastro-intestinal tract effects
  7. Serotonin Syndrome (rare) - usually happens in overdose cases.

Jumaat, 3 Jun 2011

bIrTHdAy..Boss...



"TERIMA KASIH LERR SEBAB MENGIGATKAN BIRTHDAY SAYA...."

ALLAH selamat kan kamu...ALLAH selamaALLAH selamat kankan kamu...ALLAH selamat kan kamu...












Sabtu, 21 Mei 2011

BENGKEL BREAKAWAY 2011

BENGKEL 'BREAKAWAY'
DIADAKAN PADA 9/4/2011
BERTEMPAT DI : AUDITORIOM SRI BAIDURI HOSPITAL MELAKA


jom kita tengok......................

                                                        Barisan peserta dan urusetia bengkel


                                              AWAS!!!!!......mari kita tengok sape yang kena....

MEH KITA TENGOK MACAM MANA ORANG PEMPUAN GADOOOOO.....
                                                      Hah!!!!!!!!!!!!!! yang ni pulak apa citer...

 Nak kena mintak izin gak ke.....tetap sopan....

salam....meh...mintak maap yer td saya tertarik telinga awak....



                                              Meh sini...sapa berani.....aku x heran lerrr..................

                                                            aiiiiiiiiiii..jangan tarik suar aku....
                                                                     Nah...ambek ko....
                                                               Haiyaaaaa...wa pon kena ka..
                                                                             Entah apa2 tah....
                                                                     Sabau kak...sabau....


MANA AKSI TARIK-TARIK RAMBUT.....

Yang nie...lagi hebat tak...

jom layan...


                                                                                                 Sabau jer lah.....
                                                                           3 vs 1...

                                                                                   Hahhhhhh...

                                                                      Macam nie bole...x boss....
                                                                              adoii...doiii
                                                                           Nah ambek ko .....
                                                                               Dah abes.....

TERIMA KASIH KEPADA SESIA YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI...SECARA LABNGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG....
JUMPA DI TAHUN HADAPAN K...
BYE....

Rabu, 4 Mei 2011

Psychiatry nursing

Dementia

Definisi dementia adalah kemerosotan progresif pada fungsi kognitif.
de – mengasingkan
mens - minda
.
Etiologi
1. Penuaan lebih dari 60 tahun – kehadiran Lewy bodies iaitu struktur protin yang abnormal di dalam otak yang ada pada penyakit Alzheimer
2. Penyakit seperti CVA yang merosakan salur darah dan struktur saraf
3. Penyakit sementara – hidrosefalus yang mempunyai tekanan normal, tumor otak, keadaan tiroid, paras vitamin B12 yang rendah, infeksi
.
Manifestasi
1. Kehilangan memori yang progresif / agnosia (kesukaran mengenali sesuatu) / kesukaran belajar
2. Sukar memberi perhatian / kekeliruan yang teruk contoh disorientasi kepada masa, tempat dan orang, disorientasi antara ruang dan penglihatan dan tidak pandai menginterpretasikan clue
3. Sukar menyelesaikan masalah / gangguan menghakimi sesuatu situasi
4. Halusinasi
5. Perubahan persepsi, delusi
6. Perubahan personality contoh iritabiliti, kecenderungan kepada kemarahan, kebimbangan, kemurungan, pentingkan diri sahaja, flat affect / tidak ada perasaan, kelakuan / perasaan yang tidak sesuai, asingkan diri dari interaksi social, kurang minat kepada kebersihan diri dan ADL, lambat
7. Kerosakan fungsi motor contoh perubahan gaya jalan dan tidak sesuai, perubahan sensasi
8. Gangguan percakapan contoh tidak pandai membaca sekarang, tidak pandai mentafsirkan apa yang dikatakan, penggunaan perkataan yang salah, mengulangi perkataan itu sahaja
9. Masalah fisikal
- inkontinen
- disfagia
- insomnia / suka tidur

Delirium

Delirium adalah penyakit mental akut yang berlaku dalam masa beberapa jam hingga hari dan seseorang itu mengalami gangguan perhatian, persepsi dan kognisi.
.
Etiologi
1. Kecacatan otak contoh injuri otak, surgery, renjatan traumatic, CVA, tumor, hipertensi intrakranial
2. Masalah metabolisma dalam otak contoh demam, kekurangan makanan atau tidur, , hipoglisemia, dehidrasi, hipoksia
3. Keracunan contoh alcohol, anestetik, carbon monoxide, kesan sampingan Benzodiazepine, keracunan air minum
3. Stres
4. Infeksi contoh infeksi trek urinary
.
Manifestasi klinikal
1. Gangguan perhatian akan menyebabkan gangguan memori
2. Percakapannya adalah tidak bermakna.
3. Gangguan kebolehan untuk melakukan kerja kreatif tetapi masih dapat melakukan ADL
4. Gangguan kesedaran dan afek
4.1 Respon kepada ransangan tetapi tidak dapat berfikir contoh respon apabila dipanggil tetapi tidak mempunyai fikiran yang jelas dan bermakna / coherent.
4.2 Tidak pandai menyelesaikan masalah
4.3 Pesakit mengalami halusinasi, kepercayaan yang aneh, emosi berubah dengan cepat contoh dari gembira hingga sedih
4.4 Disorientasi masa, tempat dan orang yang dekat dengan beliau.

Depression

Definisi kemurungan adalah satu daripada gangguan afektif / perasaan di mana ciri-ciri yang ketara ialah sedih dan darjah kesedihannya boleh bertambah teruk.
.
Etiologi
1. Faktor biological – kekurangan monoamine transmitters dalam otak
2. Faktor genetic – masalah bipolar ( sedih / gembira ) pada ibu / bapa
3. Pengaruh persekitaran – tinggal di tempat yang berperang
4. Kejadian semasa zaman kanak-kanak – diabaikan oleh ibubapa
5. Masa perkembangan – membentuk personaliti yang tidak cergas, kelihatan sedih dan lebih suka berbincang tentang hidup yang tidak ada makna.
.
Manifestasi klinikal depression
A. Perasaan
1. Pemikirannya tertumpu pada hal dirinya sendiri dan kesusahannya
2. Menyalahkan dirinya sendiri
3. Membesarkan perkara yang kecil
4. Sukar berfikir
5. Sukar menumpu perhatian
6. Sukar memberi pendapat, menerima maklumat dan membuat keputusan
7. Kesukaran untuk meluahkan sepenuhnya dari segi kualiti dan tekanan kesengsaraannya itu
8. Mengadu kurang sihat contoh dispepsia
9. Kadang kadang tidak sedar akan perasaan sedih dan dejection
.
B. Fisikal
1. Pergerakkan terbantut dan perlahan
2. Langkahnya Nampak berat, pergerakan badan kurang
3. Air muka kelihatan dalam tekanan dan kesusahan
4. Kemarahannya mungkin timbul, gelisah, memulas mulas tangannya, menjadi bingung
5. Cara pertuturan adalah berbeza dari membisu ke mulat murai
6. Hilang minat dalam apa yang dia pernah minati
7. Kebersihan diri tidak terurus
8. Diural variasi iaitu mengadu perasaan teruk pada masa tertentu contoh pagi
8. Gangguan tidur, bangun awal pagi, sukar tidur
9. Derealization / persekitaran berbeza dan depersonalization / dirinya berubah
10. Hypochondriasis – delusi tentang mempunyai penyakit
11. Gangguan persepsi – halusinasi, ilusi

Perkembangan perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia

Perkembangan perkhidmatan psikiatri
Dahulu
.1829 - 1830 lunatic asylum pertama di Pulau Pinang
.1862 di Singapura
.1911 hospital mental pertama di Tanjung Rambutan
.1933 hospital mental kedua dan lebih besar di Tampoi Johor
.selepas ini, kebanyakan hospital umum dan daerah mempunyai unti psikiatrik atau wad
.1920 hospital psikiatrik dibina di Sabah dan Sarawak
.
Sekarang
.lebih banyak pakar psikiatrik dan staff dilatih dalam psikiatri
.lebih banyak fasiliti
.ubat yang lebih spesifik dan lebih berkesan untuk gangguan mental yang berbagai
.nama hospital ditukar untuk mengelak stigma / takut seperti Hospital Bahagian di Ulu Kinta Perak, Hospital Permai di Johor, Hospital Bukit Padang di Sabah dan Hospital Sentosa di Kuching Sarawak.
.lebih banyak fasiliti untuk klien
.mengembangkan lebih perkhidmatan psikiatrik di masyarakat iaitu perkhidmatan pesakit luar, unit kaunseling, klinik psikiatrik masyarakat, rujukan, rawatan dan rawatan susulan, program rehabilitasi dan liaison / kerjasama
Masa depan
.memperolehi lebih banyak pakar psikiatrik
.latihkan lebih banyak staf dalam psikiatri

Konsep kesihatan mental

Definisi kesihatan mental
Kesihatan mental ialah
-kebolehan menyelesaikan masalah
-memenuhi kebolehan seseorang untuk menyayang dan bekerja
-menyesuaikan diri dengan krisis
-mengekalkan tahap sihat / well being
.
Perbandingan diantara kesihatan mental dan penyakit mental
Kesihatan mental
-menerima diri dan orang lain
-optimis
-boleh menunggu masa untuk memuaskan diri
.
Penyakit mental
-tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa
-pesimis
-mesti memuaskan diri secara serta-merta
.
Faktor-faktor menpengaruhi kesihatan mental
-kemahiran berkomunikasi dengan orang lain
-mengawal emosi
-dapat mempertahankan diri sendiri
-boleh menyelesaikan konflik mental
.
Mengekalkan kesihatan mental
-dapat mengawal kehidupan diri secara bebas
-dapat hidup sihat
-mengekalkan fikiran positif
-praktikan membuat penetapan yang bijak
-dapat membina hubungan yang baik
-dapat menerima kritikan

Catatonic schizophrenia

Skisofrenia katatonik ( Catatonic schizophrenia ): Manifestasi 1. catalepsy 2. waxy flexibility 3. echolalia 4. echopraxia

Intervensi kejururawatan
Dalam fasa stupor, pesakit mengalami kekurangan pengambilan nutrisi dan perlukan intervensi berikut.
1. Monitorkan cecair intravena untuk mengelak kekurangan cecair badan
2. Monitorkan TPN ( therapeutic parenteral nutrition ) untuk memberi protin dan lemak kepada pesakit
3. Berikan pemakanan melalui tiub nasogastrik untuk memenuhi keperluan nutrisi
4. Adakan terapi psikoterapi individual supaya pesakit faham tentang penyakitnya dan memberi kerjasama dalam pemakanannya.
5. Berikan makanan tambahan contoh Ensure untuk memenuhi keperluan nutrisi pesakit
6. Berikan Tab Multivitamin 1 setiap hari atas arahan doctor bagi mengelakkan komplikasi akibat dari kekurangan vitamin.
7. Galakkan ahli keluarga menemani beliau untuk mendapatkan sokongan supaya beliau dapat sembuh
8. Berikan makanan kegemaran pesakit supaya beliau rasa berselera
9. Berikan ubat Risperidone seperti yang diarahkan oleh doctor untuk mengurangkan tanda gejala skiskofrenia katatonik
10. Bantu doctor dalam prosedur terapi elektrokonvulsif bagi mengurangkan kesan dari penyakit ini

Pesakit juga mengalami kekurangan pengetahuan berkaitan jagaan di rumah dan perlukan intervensi ini.
Bagi pesakit:
1. Beritahu pesakit bahawa beliau perlu masuk ke wad psikiatri jika menunjukkan tanda gejalah skisofrenia katatonik sebab sukar bagi beliau untuk memberi kerjasama.
2. Libatkan pesakit dalam kumpulan sokongan untuk mendapatkan pengetahuan tambahan tentang penyakit ini, membelajari kemahiran menyesuaikan diri dengan penyakit ini, dapat galakkan dari segi rawatan lengkap dan mengalami kemasyarakatan dalam kumpulan ini.
3. Datang untuk rawatan susulan bagi mengelak relaps penyakit.
4. Beritahu pesakit untuk memberi perhatian kepada penampilan diri, pemakanan, riadah, tidur, tabiat positif, pengambilan ubat untuk meningkatan nilai diri.

Bagi keluarga / orang yang menjaga pesakit:
1. Menunjukkan empati terhadap pesakit dan menerima pesakit sebagai seorang individu bagi mengekalkan identity pesakit.
2. Beri peluang untuk pesakit membuat keputusan, bertanggungjawab ke atas sesuatu yang diamanahkan untuk meningkatkan lagi harga diri dan kepercayaan pada diri pesakit.
3. Galakan pesakit supaya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti harian sejauh mana keadaannya mengizinkan seperti memasak dan kerja rumah supaya beliau rasa dirinya masih diperlukan dan perasaan puas hati akibat pencapaian.
4. Elak daripada komukiasi “ non verbal “ seperti memberi senyuman kepada orang ketiga dalam kehadiran pesakit kerana dikhuatiri salah tanggapan.
5. Elak labelkan pesakit “ gila “ kerana ini akan merangsangkan keadaannya yang kurang siuman, menurunkan harga diri dan meningkat stigma pada pesakit dan juga keluarganya.

Skisofrenia

Schizophrenia
Definisi: Schizophrenia adalah sejenis gangguan mental di mana seseorang mengalami perangai yang berubah-ubah, menyisih diri dari pergaulan interpersonal, gangguan kognitif, ganttuan persepsi, halusinasi dan gangguan hubungan dengan kenyataan. atau Schizophrenia mempunyai ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang ( perception ) pada gambaran alam sebenar (reality ) iaitu pemikiran yang tidak teratur, mungkin delusi atau halusinasi pendengaran, gangguan kognitif, masalah perangai atau emosi
schiz ( split ) phren ( mind )
.
Etiologi 1. Faktor biological
1.1 Dopamine
Enzim Dopamine ini didapati meningkat di dalam urin seseorang yang mengalami skisofrenia
1.2 Genetik / diwarisi
1.2.1 kembar serupa ( 35 – 70 % )
1.2.2 kanak-kanak yang mempunyai ibubapa skizofrenia walaupun diangkat or tinggal bersama
2. Faktor psikologikal
2.1 Stres contoh peperiksaan
2.2 Kesedihan contoh tinggalkan anak
2.3 Kehilangan contoh duit
3. Faktor psikososial
3.1 Pengalaman seseorang semasa kecil di mana seseorang tidak tahu situasi yang sebenarnya dan mengalami kekeliruan
3.2 Double hind communication iaitu seseorang menerima dua jenis mesej yang bercanggah dari orang yang sama
3.3 Scapegoating iaitu menyalahkan orang lain 4. Struktur otak: lobus frontal kurang bekalan darah dan kurang aktif dan lobus parietal terlalu aktif, pembesaran ventrikel, hemisfera asimetri
5. Trauma semasa kelahiran semasa musim sejuk disebabkan oleh virus
.
Manifestasi
Kanak-kanak: autism, iritabel, tidak mahu bergaul, disforia ( gangguan mood )

Orang dewasa kriteria DSM IV-TR dalam 6 bulan: simtom negativism: emosi rata atau tumpul ( flat or blunted affect ) dan alogia ( kurang pertuturan ), kehilangan atau ketiadaan tabiat atau keupayaan normal termasuk ciri-ciri seperti tidak dapat merasa keseronokan ( anhedonia ) dan ketiadaan motivasi ( avolition ) simtom positif: delusi, halusinasi auditori, disorganization syndrome: gangguan pertuturan, disfungsi sosial dan kerja, gangguan fikiran, psikosis
Sindrom disorganization: gangguan fikiran dan kelakuan
Schneiderian First-Rank Symptoms: Auditory hallucinations, Thought broadcasting (masukkan fikiran pesakit ke orang lain) , delusions of control (fikiran dan kelakuan dikawal oleh orang lain) , Delusional perception ( sesuatu persepsi yang normal tetapi diberi sebab yang tidak bermakna )
atau
1. Gangguan mood dan affect
1.1 inappropriate affect iaitu perasaan yang tidak menentu
1.2 ambivalence iaitu perasaan yang bercampur aduk
1.3 flattening of affect iaitu selamba
1.4 kemurungan
1.5 elation
1.6 euforia
2. Gangguan fikiran
2.1 delusi iaitu kepercayaan yang palsu contoh penghukuman, grandeur, somatic, cemburu, hypochondrial, thought broadcasting, thought insertion, thought withdrawal dan delusions of being controlled
2.2 looseness of association iaitu pemikiran yang bercelaru, tidak menentu, tidak rasional dan mengelirukan
2.3 neologisms iaitu menggunakan perkataan yang direka oleh pesakit dan tidak ada makna bagi pendengar
2.4 pemikiran yang tidak ada kaitan dengan reality atau autistic thinking
3. Gangguan persepsi
3.1 kehadiran halusinasi contoh pendengaran, penglihatan, tactile, penghiduan, gustatory / taste
4. Gangguan fungsi kognitif
Kekurangan pengetahuan
5. Gangguan kelakuan
5.1 mengundur diri dari kenyataan withdrawal from reality
5.2 waxy flexibility iaitu satu keadaan di mana pesakit akan tetap berada dalam sesuatu posisi yang berlainan terutama tangan dan kaki
5.3 stupor iaitu pesakit boleh duduk dalam keadaan yang serupa dengan lama tanpa bergerak
5.4 negativism atau resistance iaitu melakukan sesuatu yang berlawan
5.5 motor agitation iaitu kelakuan fisikal seperti berlari lari
5.6 stereotype iaitu pergerakan yang diulangi
5.7 automatic obedience iaitu seperti robot
6. Gangguan fungsi biological
Contoh gangguan eliminasi akibat dari gangguan kelakuan
.
Penyelidikan
sejarah: berapa lama manifestasi berlaku, apakah perubahan dari permulaan penyakit ini hingga sekarang, perubahan dalam kehidupan, sejarah tumbesaran, sejarah genetic dan keluarga, respon kepada medikasi
Skan CT
Komplikasi
Bunuh diri
Keganasan kepada orang lain dan sendiri disebabkan oleh salah guna bahan haram

Asesmen kejururawatan
Asesmen psikososial: fisikal, sosial, emosi, kultural, kognitif, kerohanian

Rupa
Perasaan dan emosi / affect,
Corak fikiran, gangguan persepsi
Kadar, jumlah dan corak pertuturan
Orientasi, tahap kesedaran, memori, intelek

Corak kehidupan
Sejarah sosial, sejarah mental
Mekanisma penyesuaisan
Mekanisma bela diri

Intervensi kejururawatan
Nx ∆: Gangguan proses fikiran Intervensi kejururawatan: 1. Ada persekitaran tenang 2. Kurangkan rangsangan persekitaran 3. Elak menerukkan kelakuan, delusi contoh bertengkar 4. Elak sentuh pesakit 5. Elak membisik atau ketawa

Nx ∆: Gangguan persepsi sensori
Intervensi: 1. Lakukan orientasi semula ke atas pesakit 2. Alihkan stimuli 3. Adakan sikap jujur dengan pesakit 4. Pastikan keadaan selamat

Nx ∆: Gangguan komunikasi verbal
Intervensi: 1. Adakan interaksi secara individu 2 .Amalkan sikap sabar 3. Galakkan pesakit meluahkan perasaan

Nx ∆: Defisit penjagaan diri
Intervensi: 1. Berikan pujian 2. Lakukan demonstrasi 3. Wujudkan hidangan makanan keluarga
Pendidikan kesihatan
Untuk pesakit: Monitorkan fikiran dan perasaan sendiri – jelas tentang masalah, betapa teruknya masalah, bagaimana hendak memperbaiki diri sendiri, bertindak untuk mencapai kejayaan
Komplian dengan medikasi
Menghadiri terapi psikososial
Untuk keluarga: elak menyalahkan, ketahui tentang penyakit, berkomunikasi, menyelesaikan masalah, dapatkan pertolongan semasa krisis seperti menjadi ganas

Rawatan
Ubat-ubatan: Haloperidol, Chlorpromazine, Clozapine, Risperidone, Olanzapine, Quetiapine

Psychososial: 1. komunikasi supaya dapat kerja 2. motivasi untuk belajar 3. penjagaan diri 4. hubungan kekal untuk sosialisasi 5. Beritahu tentang penyakit iaitu etiologi, simtom biasa, komplikasi, medikasi

Kognitif-kelakuan psikoterapi ( psychotherapy cognitive-behaviour ) : Ujikan kebenaran fikiran dan persepsi serta bukan hanya dengar suara. Elak merasa apathy ( tidak berminat ).

Terapi elektrokonvulsif untuk skisofrenia jenis katatonia sebab rawatan ini menambahkan serum brain-derived neurotrophic factor (BDNF) yang berkurangan dalam pesakit resistant kepada ubat skisofrenia.
atau
Ubat-ubatan
1. Oral Chlorpromazine 200 mg OD
2. Oral Thioridazine 300 mg OD
3. Oral Trifluoperazine 10 mg OD
4. Oral Haloperidol 4 mg OD
5. Oral Sulpiride 800 mg OD
6. Oral Risperidone 2 mg OD
7. Oral Clozapine 65 mg OD
8. IM Fluphenazine decanoate 25 mg 4 weekly
9. IM Flupenthixol decanoate 40 mg 4 weekly
10. IM Zuclopenthixol decanoate 200mg 4 weekly
11. Lain-lain:
11.1 Electroconvulsive therapy untuk catatonic stupor, kemurungan yang teruk, penyakit ulang semula dan lebih teruk, tidak respon kepada ubat, cuba bunuh diri , agitasi
11.2 Rawatan psikososial / psikoterapi secara individu atau kumpulan
11.2.1 Beritahu pesakit dan keluarga bahawa tanda tanda skisofrenia mempunyai remission dan relapse
11.2.2 Pesakit mesti komplian kepada medikasi
11.2.3 Sokongan orang yang dikasihi adalah sangat penting contoh makan, minum, tempat tinggal serta mengelak relapse yang cepat
11.3 Kaunseling
11.3.1 Rancangkan rawatan dan penjagaan dengan ahli keluarga dan pesakit
11.3.2 Nasihati bahawa pesakit boleh cuba hidup seperti biasa
11.3.3 Nasihat tentang hormat contoh pakaian, rupa, kelakuan
11.3.4 Kurangkan stres contoh elak melawan, elak konfrontasi dan kritikan, rehat, jauhi dari stres dan hospitalisasi jika stres adalah keterlaluan
11.4 Rawatan susulan
11.4.1 Dapatkan bekalan ubat
11.4.2 Ases status mental, komplian dengan ubat dan menyesuai ubat dengan keadaan
11.4.3 Kenalpasti tanda tanda relaps dan kurangkan stres jika ada
11.5 Rehabilitasi untuk membelajari sesuatu kemahiran dan tabiat bekerja yang membolehkan ia berfungsi dalam masyarakat
11.5.1 Teknik kelakuan contoh berdiam diri apabila orang lain sedang bercakap
11.5.2 latihan tabiat untuk menyemaikan kebiasaan menjaga kebersihan diri contoh mencuci tangan selepas ke tandas
11.5.3 latihan kemahiran social / cara pulih hiburan dan permainan
11.5.4 cara pulih kerja
11.5.5 residential placement
Jenis jenis schizophrenia: Catatonic schizophrenia
Undifferentiated schizophrenia
Jenis schizophrenia yang tidak dapat dikenalpasti

Residual schizophrenia
Kelakuan aneh
Kekurangan emosi
Fikiran tidak logik
Mengasingkan diri
Delusi atau halusinasi yang tidak ketara

Paranoid schizophrenia
Fungsi emosi dan kognitif ialah normal
Mengalami halusinasi delusi dan auditori
Delusi dianiayai atau rasa sendiri ialah hebat
Pertengkaran adalah abnormal
Mensyaki orang lain

Disorganized schizophrenia
Kelakuan tidak teratur seperti memakai baju yang aneh atau menunjukkan isyarat yang aneh
Pertuturan tidak teratur
Emosi tidak ditunjukkan atau tidak bersesuaian

Meningkatkan kesihatan mental

Langkah-langkah untuk meningkatkan kesihatan mental.
1. Rehat sebab ia boleh menenangkan fikiran.
2. Berjalan untuk memikirkan sesuatu masalah secara tenang.
3. Adakan aktiviti sosial contoh majilis supaya tidak ingat tentang sesuatu masalah
4. Luangkan masa dengan yang dikasihi untuk meluahkan perasaan
5. Buat sesuatu yang disukai contoh dapatkan urutan
6. Elak dari sikap terlalu tekun supaya tidak merasa beban
7. Adakan masa riadah contoh bermain sukan
8. Libatkan diri dalam kerja kebajikan untuk meningkatan harga diri
9. Adakan satu jadual untuk habiskan semua kerja dan tidak rasa tergesa-gesa.

Latihan tabiat

Merancang latihan tabiat.
1. Pesakit dikelompokkan kepada satu kumpulan yang terdiri daripada 6 – 8 orang
2. Nilaikan kebolehan fisikal dan mental pesakit
3. Pastikan therapist adalah sama untuk kumpulan tersebut
4. Terapist mesti faham tentang latihan ini dan diberi peluang berbincang tentang masalah
5. Setiap pesakit perlu mempunyai alat kelenkapan sendiri seperti berus gigi, sikat dan
lain-lain
6. Rancangkan jadual tugas kerja yang perlu diikuti oleh semua ahli yang mengambil bahagian.
7. Jadual aktiviti ini dirancang dari pagi sehingga waktu tidur malam

Mania

Definisi mania adalah peningkatan mood yang abnormal. ( Bahasa Greek bermaksud gila dan marah )
.
Etiologi
Masalah bipolar – mania bercampur dengan depresi major
Penyalahgunaan dadah
Tumor otak
.
Manifestasi klinikal
1. Inappropriate elation / sangat riang tetapi tidak sesuai
2. Peningkatan iritabiliti
3. Insomnia teruk
4. Fikiran grandiose / besar-besaran
5. Indiscretion / suka menunjukkan
6. Fikiran yang cepat / flight of ideas dan tidak ada rationale
7. Percakapan cepat dan banyak / talkative
8. Peningkatan keinginan seks
9. Peningkatan tenaga dan aktiviti
10. Distractibility / tidak beri perhatian
11. Poor judgement / tidak dapat membuat penghakiman dengan sebaik-baiknya
12. Kelakuan social yang tidak sesuai

Community psychiatric programme

Community psychiatric programme ( program psikiatrik masyarakat )
Definisi: Program psikiatrik masyarakat adalah perkhidmatan yang mempromosikan aspek-aspek ini:
- mencegah penyakit mental yang awal
- merawat secara komprehensif dalam masyarakat dan untuk semua
.
Objektif-objektif program psikiatrik masyarakat
1. Memberi perkhidmatan psikiatrik dalam masyarakat
2. Mengalakkan pengendalian klien di rumah
3. Mengelak hospitalisasi yang terlalu lama
4. Menyenangkan klien mendapat perkhidmatan psikiatri kerana dekat dengan rumah
5. Meneratkan hubungan klien dengan keluarganya
6. Menwujudkan perkhidmatan cari kerja dan cari kumpulan sokongan
7. Mengurangkan stigma
.
Jenis-jenis perkhidmatan
1. Psikiatrik kecemasan / intervensi krisis
2. Program rawatan siang ( day care )
3. Aktiviti rehabilitasi
4. Nasihat dan sokongan
5. Penjagaan psikiatri di rumah
( lawat rumah / home visit )
6. Rawatan susulan
.
Peranan jururawat psikiatrik komuniti
1. Pendidik
2. Mempromosikan kesihatan mental
3. Jalankan penjagaan psikiatri di rumah
4. Kaunseling – sokongan emosi
5. Agen social
6. Rujukan ke agensi lain
7. Elak relaps
8. Jalankan intervensi krisis
9. Tunjukkan bahawa beliau dapat dipercayai dan seorang yang mesra dan dapat didekati.

Prosedur kemasukan mengikut undang-undang

Tanggungjawab jururawat semasa memasukan klien ke wad
.Periksa borang-borang yang betul
.Periksa aspek fisikal klien
.Perhatikan status mental
.Dokumentasi
.
Sokongan emosi kepada ahli keluarga
.Terangkan keadaan klien
.Terangkan prosedur, rawatan dan penjagaan kejururawatan untuk mengurangkan kebimbangan
.Terangkan peraturan dan rutine hospital
.Libatkan ahli keluraga dalam rawatan klien
.
Penjagaan harta benda klien
.Kembalikan harta kepada ahli keluarga jika hadir
.Rekod harta klien sebelum menyimpankannya
.Letakkan di tempat selamat ( lock and key )
.Kembalikan harta kepada klien jika discaj
.
Penjagaan hak milik klien / HMK: Tujuan:
1. melindungi HMK
2. memastikan yang berharga disimpan dengan selamat
3. mengelak kehilangan HMK
 
 
Dikongsi oleh :Abang Long

Sabtu, 30 April 2011

JOM SINGGAH


PENGENALAN


Jabatan Psikiatri dan kesihatan Mental Hospital Melaka dengan kerjasama Jabatan Pemulihan Cara Kerja Hospital Melaka,mempelawa pesakit-pesakit psikiatri untuk menyertai Program Perkhidmatan terapi cara Kerja

Perkhidmatan ini menumpukan kepada aspek penilaian dan latihan skil kefungsian pesakit dalam mengurus diri, mengurus rumah, mengurus kerja dan lain-lain aspek yang berkaitan fungsi kehidupan seseorang.

Tujuan utama Terapi Carakerja adalah untuk mengembalikan kefungsian pesakit dan menggalakan pesakit menjalani aktiviti sehariannya dengan lebih yakin dan berdikari.

OBJEKTIF PROGRAM:
Memberikan rawatan pemulihan carakerja dan rawatan psikososial kepada Pesakit Psikiatri Hospital Melaka  agar dapat mencapai tahap kefungsian yang optima dengan memberi aktiviti terapeutik sebagai media rawatan.

Rawatan Pemulihan Carakerja Bagi Pusat Komuniti Psikiatri Pesakit Luar / Dalam
·        Penilaian dan latihan skil kefungsian aktiviti harian / ADL training
·        Penilaian dan latihan skil pengurusan aktiviti domestik / pengurusan rumah
·        Latihan dengan aktiviti teraputik / aktiviti remedial untuk meningkatkan / mengekalkan skil fungsi  pesakit
·        Penilaian dan latihan skil kerja
·        Penilaian aktiviti di rumah / sekolah / tempat kerja
·        Penilaian dan Latihan skil kemahiran tangan
·        Penilaian dan latihan kemahiran kognitif
·        Penilaian dan latihan skil kemahiran bersosial
·        Mengendalikan aktiviti pemulihan dalam Komuniti
·        Mengendalikan aktiviti pemulihan Pusat harian Psikiatri
·        Mengendalikan aktiviti pemulihan wad psikiatri
·        Penilaian dan latihan Skil Kerja

PENGISIAN POGRAM:-
·        Re- orientation
·        Sosial re-integration
·        Self Care Skills
·        Self Aware Skills
·        Stress Management
·        Behaviour modification
·        Domestic Assessment/Training
·        Work Habit Assessment/Training
·        Cognitive Remediation Therapy
·        Patient/Family Education
·        Relaxation Therapy
·        Home/School/Work Place Visit
·        Exercise
·        Indoor/outdoor activities
·        Group therapy

PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pesakit psikiatri Hospital Melaka sahaja yang memenuhi kreteria-kreteria di bawah:-
i.                  Dirujuk daripada Pegawai Perubatan/Pakar Klinik Psikiatri
ii.                 Umur antara 15 hingga 65 tahun
iii.                Keadaan pesakit stabil mental,tiada simtom sikap ganas,impulsif,terlampau restless,sucidal mahupun disoreantasi
iv.               Pesakit mampu datang dan balik sendiri atau boleh menggunakan pengangkutan awam atau dibawa oleh waris
v.                Boleh mengikut arahan
vi.               Boleh menjaga kebersihan diri
vii.              Penjagaan yang minimal semasa di Day care
viii.             Mengambil ubat-ubatan secara teratur
ix.               Pesakit yang telah berdaftar dengan jabatan Psikiatri Hospital Melaka.

MASA
Isnin hingga Jumaat
8.00am Hingga 12.30pm
2.30pm Hingga 4.00pm

BAYARAN
Penyertaan adalah PERCUMA

GANJARAN
Tiada sebarang gaji atau bayaran diberikan TETAPI,insentif/reward/token akan diberikan bergantung kepada penglibatan pesakit di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini seperti:-
i.                  Penyertaan yang genap 6 jam terkumpul akan diberikan ’FAST LiNE’semasa mendapatkan rawatan di Klinik Psikiatri Hospital Melaka.
ii.                 Lawatan /Aktiviti luar
v.                Bantuan Hari Raya/Tahun Baru Cina             

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN;-

06 -2892307 (KLINIK PSIKIATRI)
06-2892308(PUSAT RAWATAN HARIAN PSIKIATRI)

Atau datang sendiri ke;-

JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL HOSPITAL MELAKA

Jika ada sebarang cadangan atau komen sila kemukakan kepada kami melalui email: psy_hm@yahoo.com