Halaman

Sabtu, 30 April 2011

JOM SINGGAH


PENGENALAN


Jabatan Psikiatri dan kesihatan Mental Hospital Melaka dengan kerjasama Jabatan Pemulihan Cara Kerja Hospital Melaka,mempelawa pesakit-pesakit psikiatri untuk menyertai Program Perkhidmatan terapi cara Kerja

Perkhidmatan ini menumpukan kepada aspek penilaian dan latihan skil kefungsian pesakit dalam mengurus diri, mengurus rumah, mengurus kerja dan lain-lain aspek yang berkaitan fungsi kehidupan seseorang.

Tujuan utama Terapi Carakerja adalah untuk mengembalikan kefungsian pesakit dan menggalakan pesakit menjalani aktiviti sehariannya dengan lebih yakin dan berdikari.

OBJEKTIF PROGRAM:
Memberikan rawatan pemulihan carakerja dan rawatan psikososial kepada Pesakit Psikiatri Hospital Melaka  agar dapat mencapai tahap kefungsian yang optima dengan memberi aktiviti terapeutik sebagai media rawatan.

Rawatan Pemulihan Carakerja Bagi Pusat Komuniti Psikiatri Pesakit Luar / Dalam
·        Penilaian dan latihan skil kefungsian aktiviti harian / ADL training
·        Penilaian dan latihan skil pengurusan aktiviti domestik / pengurusan rumah
·        Latihan dengan aktiviti teraputik / aktiviti remedial untuk meningkatkan / mengekalkan skil fungsi  pesakit
·        Penilaian dan latihan skil kerja
·        Penilaian aktiviti di rumah / sekolah / tempat kerja
·        Penilaian dan Latihan skil kemahiran tangan
·        Penilaian dan latihan kemahiran kognitif
·        Penilaian dan latihan skil kemahiran bersosial
·        Mengendalikan aktiviti pemulihan dalam Komuniti
·        Mengendalikan aktiviti pemulihan Pusat harian Psikiatri
·        Mengendalikan aktiviti pemulihan wad psikiatri
·        Penilaian dan latihan Skil Kerja

PENGISIAN POGRAM:-
·        Re- orientation
·        Sosial re-integration
·        Self Care Skills
·        Self Aware Skills
·        Stress Management
·        Behaviour modification
·        Domestic Assessment/Training
·        Work Habit Assessment/Training
·        Cognitive Remediation Therapy
·        Patient/Family Education
·        Relaxation Therapy
·        Home/School/Work Place Visit
·        Exercise
·        Indoor/outdoor activities
·        Group therapy

PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pesakit psikiatri Hospital Melaka sahaja yang memenuhi kreteria-kreteria di bawah:-
i.                  Dirujuk daripada Pegawai Perubatan/Pakar Klinik Psikiatri
ii.                 Umur antara 15 hingga 65 tahun
iii.                Keadaan pesakit stabil mental,tiada simtom sikap ganas,impulsif,terlampau restless,sucidal mahupun disoreantasi
iv.               Pesakit mampu datang dan balik sendiri atau boleh menggunakan pengangkutan awam atau dibawa oleh waris
v.                Boleh mengikut arahan
vi.               Boleh menjaga kebersihan diri
vii.              Penjagaan yang minimal semasa di Day care
viii.             Mengambil ubat-ubatan secara teratur
ix.               Pesakit yang telah berdaftar dengan jabatan Psikiatri Hospital Melaka.

MASA
Isnin hingga Jumaat
8.00am Hingga 12.30pm
2.30pm Hingga 4.00pm

BAYARAN
Penyertaan adalah PERCUMA

GANJARAN
Tiada sebarang gaji atau bayaran diberikan TETAPI,insentif/reward/token akan diberikan bergantung kepada penglibatan pesakit di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini seperti:-
i.                  Penyertaan yang genap 6 jam terkumpul akan diberikan ’FAST LiNE’semasa mendapatkan rawatan di Klinik Psikiatri Hospital Melaka.
ii.                 Lawatan /Aktiviti luar
v.                Bantuan Hari Raya/Tahun Baru Cina             

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN;-

06 -2892307 (KLINIK PSIKIATRI)
06-2892308(PUSAT RAWATAN HARIAN PSIKIATRI)

Atau datang sendiri ke;-

JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL HOSPITAL MELAKA

Jika ada sebarang cadangan atau komen sila kemukakan kepada kami melalui email: psy_hm@yahoo.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan