Schizophrenia
Definisi: Schizophrenia adalah sejenis gangguan mental di mana seseorang mengalami perangai yang berubah-ubah, menyisih diri dari pergaulan interpersonal, gangguan kognitif, ganttuan persepsi, halusinasi dan gangguan hubungan dengan kenyataan. atau Schizophrenia mempunyai ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang ( perception ) pada gambaran alam sebenar (reality ) iaitu pemikiran yang tidak teratur, mungkin delusi atau halusinasi pendengaran, gangguan kognitif, masalah perangai atau emosi
schiz ( split ) phren ( mind )
.
Etiologi 1. Faktor biological
1.1 Dopamine
Enzim Dopamine ini didapati meningkat di dalam urin seseorang yang mengalami skisofrenia
1.2 Genetik / diwarisi
1.2.1 kembar serupa ( 35 – 70 % )
1.2.2 kanak-kanak yang mempunyai ibubapa skizofrenia walaupun diangkat or tinggal bersama
2. Faktor psikologikal
2.1 Stres contoh peperiksaan
2.2 Kesedihan contoh tinggalkan anak
2.3 Kehilangan contoh duit
3. Faktor psikososial
3.1 Pengalaman seseorang semasa kecil di mana seseorang tidak tahu situasi yang sebenarnya dan mengalami kekeliruan
3.2 Double hind communication iaitu seseorang menerima dua jenis mesej yang bercanggah dari orang yang sama
3.3 Scapegoating iaitu menyalahkan orang lain 4. Struktur otak: lobus frontal kurang bekalan darah dan kurang aktif dan lobus parietal terlalu aktif, pembesaran ventrikel, hemisfera asimetri
5. Trauma semasa kelahiran semasa musim sejuk disebabkan oleh virus
.
Manifestasi
Kanak-kanak: autism, iritabel, tidak mahu bergaul, disforia ( gangguan mood )
Orang dewasa kriteria DSM IV-TR dalam 6 bulan: simtom negativism: emosi rata atau tumpul ( flat or blunted affect ) dan alogia ( kurang pertuturan ), kehilangan atau ketiadaan tabiat atau keupayaan normal termasuk ciri-ciri seperti tidak dapat merasa keseronokan ( anhedonia ) dan ketiadaan motivasi ( avolition ) simtom positif: delusi, halusinasi auditori, disorganization syndrome: gangguan pertuturan, disfungsi sosial dan kerja, gangguan fikiran, psikosis
Sindrom disorganization: gangguan fikiran dan kelakuan
Schneiderian First-Rank Symptoms: Auditory hallucinations, Thought broadcasting (masukkan fikiran pesakit ke orang lain) , delusions of control (fikiran dan kelakuan dikawal oleh orang lain) , Delusional perception ( sesuatu persepsi yang normal tetapi diberi sebab yang tidak bermakna )
atau
1. Gangguan mood dan affect
1.1 inappropriate affect iaitu perasaan yang tidak menentu
1.2 ambivalence iaitu perasaan yang bercampur aduk
1.3 flattening of affect iaitu selamba
1.4 kemurungan
1.5 elation
1.6 euforia
2. Gangguan fikiran
2.1 delusi iaitu kepercayaan yang palsu contoh penghukuman, grandeur, somatic, cemburu, hypochondrial, thought broadcasting, thought insertion, thought withdrawal dan delusions of being controlled
2.2 looseness of association iaitu pemikiran yang bercelaru, tidak menentu, tidak rasional dan mengelirukan
2.3 neologisms iaitu menggunakan perkataan yang direka oleh pesakit dan tidak ada makna bagi pendengar
2.4 pemikiran yang tidak ada kaitan dengan reality atau autistic thinking
3. Gangguan persepsi
3.1 kehadiran halusinasi contoh pendengaran, penglihatan, tactile, penghiduan, gustatory / taste
4. Gangguan fungsi kognitif
Kekurangan pengetahuan
5. Gangguan kelakuan
5.1 mengundur diri dari kenyataan withdrawal from reality
5.2 waxy flexibility iaitu satu keadaan di mana pesakit akan tetap berada dalam sesuatu posisi yang berlainan terutama tangan dan kaki
5.3 stupor iaitu pesakit boleh duduk dalam keadaan yang serupa dengan lama tanpa bergerak
5.4 negativism atau resistance iaitu melakukan sesuatu yang berlawan
5.5 motor agitation iaitu kelakuan fisikal seperti berlari lari
5.6 stereotype iaitu pergerakan yang diulangi
5.7 automatic obedience iaitu seperti robot
6. Gangguan fungsi biological
Contoh gangguan eliminasi akibat dari gangguan kelakuan
.
Penyelidikan
sejarah: berapa lama manifestasi berlaku, apakah perubahan dari permulaan penyakit ini hingga sekarang, perubahan dalam kehidupan, sejarah tumbesaran, sejarah genetic dan keluarga, respon kepada medikasi
Skan CT
Komplikasi
Bunuh diri
Keganasan kepada orang lain dan sendiri disebabkan oleh salah guna bahan haram
Asesmen kejururawatan
Asesmen psikososial: fisikal, sosial, emosi, kultural, kognitif, kerohanian
Rupa
Perasaan dan emosi / affect,
Corak fikiran, gangguan persepsi
Kadar, jumlah dan corak pertuturan
Orientasi, tahap kesedaran, memori, intelek
Corak kehidupan
Sejarah sosial, sejarah mental
Mekanisma penyesuaisan
Mekanisma bela diri
Intervensi kejururawatan
Nx ∆: Gangguan proses fikiran Intervensi kejururawatan: 1. Ada persekitaran tenang 2. Kurangkan rangsangan persekitaran 3. Elak menerukkan kelakuan, delusi contoh bertengkar 4. Elak sentuh pesakit 5. Elak membisik atau ketawa
Nx ∆: Gangguan persepsi sensori
Intervensi: 1. Lakukan orientasi semula ke atas pesakit 2. Alihkan stimuli 3. Adakan sikap jujur dengan pesakit 4. Pastikan keadaan selamat
Nx ∆: Gangguan komunikasi verbal
Intervensi: 1. Adakan interaksi secara individu 2 .Amalkan sikap sabar 3. Galakkan pesakit meluahkan perasaan
Nx ∆: Defisit penjagaan diri
Intervensi: 1. Berikan pujian 2. Lakukan demonstrasi 3. Wujudkan hidangan makanan keluarga
Pendidikan kesihatan
Untuk pesakit: Monitorkan fikiran dan perasaan sendiri – jelas tentang masalah, betapa teruknya masalah, bagaimana hendak memperbaiki diri sendiri, bertindak untuk mencapai kejayaan
Komplian dengan medikasi
Menghadiri terapi psikososial
Untuk keluarga: elak menyalahkan, ketahui tentang penyakit, berkomunikasi, menyelesaikan masalah, dapatkan pertolongan semasa krisis seperti menjadi ganas
Rawatan
Ubat-ubatan: Haloperidol, Chlorpromazine, Clozapine, Risperidone, Olanzapine, Quetiapine
Psychososial: 1. komunikasi supaya dapat kerja 2. motivasi untuk belajar 3. penjagaan diri 4. hubungan kekal untuk sosialisasi 5. Beritahu tentang penyakit iaitu etiologi, simtom biasa, komplikasi, medikasi
Kognitif-kelakuan psikoterapi ( psychotherapy cognitive-behaviour ) : Ujikan kebenaran fikiran dan persepsi serta bukan hanya dengar suara. Elak merasa apathy ( tidak berminat ).
Terapi elektrokonvulsif untuk skisofrenia jenis katatonia sebab rawatan ini menambahkan serum brain-derived neurotrophic factor (BDNF) yang berkurangan dalam pesakit resistant kepada ubat skisofrenia.
atau
Ubat-ubatan
1. Oral Chlorpromazine 200 mg OD
2. Oral Thioridazine 300 mg OD
3. Oral Trifluoperazine 10 mg OD
4. Oral Haloperidol 4 mg OD
5. Oral Sulpiride 800 mg OD
6. Oral Risperidone 2 mg OD
7. Oral Clozapine 65 mg OD
8. IM Fluphenazine decanoate 25 mg 4 weekly
9. IM Flupenthixol decanoate 40 mg 4 weekly
10. IM Zuclopenthixol decanoate 200mg 4 weekly
11. Lain-lain:
11.1 Electroconvulsive therapy untuk catatonic stupor, kemurungan yang teruk, penyakit ulang semula dan lebih teruk, tidak respon kepada ubat, cuba bunuh diri , agitasi
11.2 Rawatan psikososial / psikoterapi secara individu atau kumpulan
11.2.1 Beritahu pesakit dan keluarga bahawa tanda tanda skisofrenia mempunyai remission dan relapse
11.2.2 Pesakit mesti komplian kepada medikasi
11.2.3 Sokongan orang yang dikasihi adalah sangat penting contoh makan, minum, tempat tinggal serta mengelak relapse yang cepat
11.3 Kaunseling
11.3.1 Rancangkan rawatan dan penjagaan dengan ahli keluarga dan pesakit
11.3.2 Nasihati bahawa pesakit boleh cuba hidup seperti biasa
11.3.3 Nasihat tentang hormat contoh pakaian, rupa, kelakuan
11.3.4 Kurangkan stres contoh elak melawan, elak konfrontasi dan kritikan, rehat, jauhi dari stres dan hospitalisasi jika stres adalah keterlaluan
11.4 Rawatan susulan
11.4.1 Dapatkan bekalan ubat
11.4.2 Ases status mental, komplian dengan ubat dan menyesuai ubat dengan keadaan
11.4.3 Kenalpasti tanda tanda relaps dan kurangkan stres jika ada
11.5 Rehabilitasi untuk membelajari sesuatu kemahiran dan tabiat bekerja yang membolehkan ia berfungsi dalam masyarakat
11.5.1 Teknik kelakuan contoh berdiam diri apabila orang lain sedang bercakap
11.5.2 latihan tabiat untuk menyemaikan kebiasaan menjaga kebersihan diri contoh mencuci tangan selepas ke tandas
11.5.3 latihan kemahiran social / cara pulih hiburan dan permainan
11.5.4 cara pulih kerja
11.5.5 residential placement
Jenis jenis schizophrenia: Catatonic schizophrenia
Undifferentiated schizophrenia
Jenis schizophrenia yang tidak dapat dikenalpasti
Residual schizophrenia
Kelakuan aneh
Kekurangan emosi
Fikiran tidak logik
Mengasingkan diri
Delusi atau halusinasi yang tidak ketara
Paranoid schizophrenia
Fungsi emosi dan kognitif ialah normal
Mengalami halusinasi delusi dan auditori
Delusi dianiayai atau rasa sendiri ialah hebat
Pertengkaran adalah abnormal
Mensyaki orang lain
Disorganized schizophrenia
Kelakuan tidak teratur seperti memakai baju yang aneh atau menunjukkan isyarat yang aneh
Pertuturan tidak teratur
Emosi tidak ditunjukkan atau tidak bersesuaian